Assalammualaikum...
( selamat membace dan mendapat moral value dr kisah yg menarik ni ^^ )
( selamat membace dan mendapat moral value dr kisah yg menarik ni ^^ )
Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di
sebuah syarikat swasta. Isteri saya bekerjagai juru audit di sebuah syarikat
swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun,
wajahnya secantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya mirip saya. Dialah
buah hati saya dunia dan akhirat.Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas
hari raya haji. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Dah lebih 10
tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya. Mana
tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya
lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air.
Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia
berikan. Dalam fikiransaya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang
dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan
layanannya juga tidak seperti dulu.
Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang
akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi,
tapi kini,setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya. Itu baru soal sosial,
belum lagi soal atas katil. Kalau dalam sebulan tu, dalam 5 kali yang saya
minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam buat dengan patung. Kalau
dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah
nak bangun pagi tapi sekarang nyataberbeza.Sampailah satu hari, mungkin tuhan
kabulkan setiap doa saya dalam solat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi
situasi macam ini. Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphonenya dalam
laci didalam bilik. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar
handphonenya berbunyi mesej diterima. Terus saya buka laci dan capai
handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama yang terpapar,cuma nombor
sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yangtertera ke dalam organizer.
Kemudian saya baca isi mesejnya.Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca
mesejnya. Ianya berbunyi begini. “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati
saya mulabergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan
cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya.
Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.
Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi
dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya
ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi
kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam
untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.Anak saya bertanya kenapa saya membawa
view cam ketika saya menghantarnya ke sekolah. Saya terpaksa berbohong
kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya untuk merakam aktiviti
syarikat.Pada waktu petang, waktu yang dinantikan telah tiba. Saya menantikan
kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di sekitar hadapan
pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak boleh
gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.Sebelum itu, saya telefon rumah
saya untuk pastikan anak saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya
memberitahu anak saya sedang membuat kerja sekolah. Sejuk hati saya mendengar
berita itu. Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya
keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali.
Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan
perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut
dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri
saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya
jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada
hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di
mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri
saya berbohong di hdapan saya sendiri. Saya kuatkan semangat ingin membongkar
apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah
restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke
restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari
isteri saya. Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih meja makan
yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat
kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan
tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka
bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah
meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.
Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh
seluruh badan saya.Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view
cam.Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan
menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka
bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya
tahu kemana tujuan mereka. Mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui
lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut
mereka sedar akibat lampu yang saya pasang. Saya akhirnya mengambil keputusan
untuk berjalan menyusup dan menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk
saya merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu setelah
saya meletakkan kereta di tempat yang sesuai. Suasana di tempat itu amat gelap.
Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan
enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari
mereka. Saya cuba zoom view cam tetapi tidak nampak apa-apa kerana gelap.
Kemudian saya hidupkan fungsi tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat
lihat setiap sesuatu walaupun dalam keadaan yang amat gelap melalui view cam
saya. Saya amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara.
Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat
lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Apa yang
saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama. Saya terpaksa berdiri lebih
dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan. Hati saya
hancur lulur pada ketika itu. Saya sedar, syaitan mula berbisik menyuruh saya
menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu disitu
juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka.
Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya
padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Saya
sampai di rumah selepas memulangkan kembali kereta rakan saya dan memandu
kereta saya pulang. Saya lihat kereta isteri saya masih lagi tidak ada di
garaj. Bermakna dia belum balik lagi. Saya masuk rumah, mandi dan solat.
Dalam solat saya menangis dan berserah kepada
Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya
itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena
tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada
ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan
kepada saya. Kedengaran bunyi kereta isteri saya tiba di garaj. Saya lantas
keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya
isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum
tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit
ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya bergetus
sendirian, perempuan laknat. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi
saya menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan
tudungnya tidak ada yang tidak kena. Semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa
yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan tahi yang
diberakkan di tengah jalan tadi.
Dan pada malam itu saya biarkan isteri saya
tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau
pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri
alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara
perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya
dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya
dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang
dia lakukan tadi.Pada keesokkannya, hari sabtu. Saya dan isteri tidak bekerja.
Saya ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke
dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi – sembunyi. Saya lakukannya di
dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa. Kemudian, pada sebelah
petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya
bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai
lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan
saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam
hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika
saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka
isteri saya mula berubah. Tetapi dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang
sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan
memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.
Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan
berbagai soalan.Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia
takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat
terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu
selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.
Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami
akan pulang ke kampung. Bukan main gembira anak saya, dapat berjumpa atuk dan
neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak
saya. Seorang anak kecil yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan
mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus
menuju kepada saya sambil bertanya kenapa dengan saya. Kenapa saya nampak
sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia
seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti
biasa.
Saya menjadi teramat sebak. Seorang anak kecil
menjadi terlalu perihatin dengan papanya. Mengalir air mata saya. Saya peluk
anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk
dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk kebiliknya mengemas
pakaian selepas diminta oleh saya. Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual.
Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk
berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu
dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang
membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil. Sampai di rumah mertua saya,
mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti
tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada
mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta
kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan
satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran
sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang.
Saya suruh anak saya masuk ke bilik mak usunya bermain komputer bersama mak
usunya. Kemudian bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya
memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak
menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika
saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.
Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian
mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil
keputusan sebegitu rupa. Begitu berat saya hendak meluahkan. Saya terdiam tidak
terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya
mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan telah pun berzina dengan
disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.
Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah
melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Rakaman kecurangan anak
mereka bermain di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala
sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan
dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk
tidak mengulangi perbuatannya itu.Pada ketika itu, saya tidak sedar anak saya
dan adik ipar saya keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya.
Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan mereka melihat tayangan
kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan
kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu
dan kenapa mamanya memberi lelaki itu memegang buah dadanya.
Saya yang menyedari anak saya berada di ruang
tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang
kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya
meraung-raung dikaki saya. Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut.
Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah
mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja diamenarik tangan anak saya
masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata
pun.Seminggu selepas kejadian itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah
syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh,
saya mendapat hak penjagaan anak saya.Kemudian saya meminta bekas isteri saya
supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan
oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.
Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak
saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah
selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok
anaknya dan dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas,
selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati
kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah
balasan Allah kepadanya. Sehinggalah pada hari raya puasa yang lalu, saya
berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya
berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi
seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini semakin kering.
Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami
barunya yang dicintai dan diberahikan itu.
Tapi hati saya sudah tertutup rapat untuk
menerimanya lagi. Saya lihat suami barunya agak tampan tetapi umurnya masih
muda jika nak dibandingkan dengan isteri saya. Biarlah, Allah sudah pun temukan
mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting,
saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang
tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya
melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran
Allah yang sebenar.
-lupe la dr mane sumber aku bace cerita ni = =' ..adeyy..
:: hmm..cite ni bole di jadi kan pengajaran pada sesape yg ade niat nk curangCurang tu ye..seronok tu sementaro jo jang oii..hamboii...nogori haa..kihkihkih...